SEKAPUR SIREH-YDP
Dengan nama Allah SWT, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya memulakan kata dalam blog khas PKMM ini.
Dalam kita menghadapi gelombang arus ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, dengan isu kenaikan harga besi yang melampau, kenaikan harga bahan binaan yang lain, kenaikan harga bahan bakar diperingkat global, kenaikan harga barang makanan dan pelbagai lagi yang mengujudkan persekitaran yang tidak selesa di kalangan rakyat Malaysia khususnya warga kontraktor, marilah kita bermuhasabah diri menilai kembali prestasi dan gaya hidup kita masakini.
Kita semua yakin, Kerajaan sentiasa peka dan memahami masalah yang dihadapi oleh warga kontraktor pada hari ini serta berusaha sedaya upaya untuk menangani permasalahan yang berlaku secara total demi memastikan kestabilan perkembangan industri pembinaan.
Namun warga kontraktor tidak boleh berdiam diri dan hanya menjadi pemerhati kepada tindakan kerajaan tanpa mengambil suatu tindakan proaktif untuk menghadapi isu semasa. Warga kontraktor sewajarnya meningkatkan usaha serta mencari alternatif sekiranya kerajaan terpaksa menangguhkan perlaksanaan projek-projek RMK-9 demi menampung kewangan di sektor lain yang lebih penting buat masa ini hingga menyebabkan warga kontraktor kehilangan peluang untuk menjana ekonomi sendiri. Justeru, marilah kita berganding bahu bersatu dan seiringan berdiri teguh di belakang Kerajaan agar Kerajaan sentiasa stabil dan terus menerus tanpa jemu mencipta dasar-dasar yang boleh membantu warga Kontraktor Melayu demi masa depan kita bersama sebagaimana slogan KESATUAN DALAM PERSATUAN.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha menyiapkan Blog rasmi PKMM ini.
SEKIAN..

SAHABAT PKMM
BLOG SAHABAT
LAMAN PAUTAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 KOMEN:
Post a Comment